Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ nafi wujud cara mendapatkan lesen memandu yang sah tanpa melalui ujian memandu.

Ia berikutan banyak aduan yang diterima berkenaan tawaran perkhidmatan seperti itu menerusi iklan di media sosial.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, iklan itu dipercayai didalangi sindiket dan ianya palsu.

Antara lain katanya, sindiket berkenaan menarik mangsa menggunakan modus operandi iaitu menawarkan lesen tanpa perlu mengikuti kelas memandu atau ujian oleh JPJ.

Justeru itu, pihaknya berharap masyarakat lebih peka dan tidak terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal.